CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday 10 November 2012

SAKIT TAPI TAKNAK MAKAN UBAT??


Senario mcm ni bukan perkara baru, sama ada kat klinik ke hospital ke sy pasti ramai juga doktor2 yg slalu jumpa pesakit mcm ni.. saya pun slalu jumpa pesakit macam ni.. Slalunya alasan yang diberikan:

1) Mmg ada penyakit tp tak sakit pun, kenapa nak makan ubat..

Pesakit-pesakit yang mcm ni slalunya yang ada penyakit mental ( takpelah sbb diorg mmg poor insight, diorg mmg tak rasa diorg tu sakit..bila ada mental problem kita mmg dh aware dia bermasalah utk berfikiran secara waras mcm org biasa ni), pastu orang-orang yang ada penyakit DARAH TINGGI.. sbbnya katanya diorg tak rasa tak sihat pun, takde sakit kepala, kabur mata, sakit leher/tengkuk.. yg ni yg masalah, sbbnya mmg ada sesetengah penghidap darah tinggi ni diorg tak ada simptom2 darah 'naik' mcm yg sy sebut tadi tu..tp bile check ada yg kdg2 sampai 200/120 bacaannya.. org2 mcm ni yg sgt berisiko utk dtg hospital dgn SERANGAN JANTUNG, ANGIN AHMAR.. takde warning sign dah..silap2 blh membawa maut.. ini kenyataan yang perlu di fahami. sbb tu penghidap darah tinggi jgn sambil lewa makan ubat ni.. kalau ada alat check tekanan darah sendiri kat rumah pun saya sgt syorkan, supaya pesakit blh check sendiri tekanan..tp alat tu kena yg betul la..

2) Banyak sangat ubat @ dah lama sangat makan ubat, dah tak larat, makan ubat macam makan nasi


Keadaan ni biasanya yg ada mcm2 penyakit dlm satu masa, mmg byk la ubat nak kena mkn. dan biasanya yg dah lama sakit. kalau yg mcm ni, saya pun kesian la jugak.. tp janganlah sendiri2 berhentikan semua ubat tanpa pengetahuan doktor.. kami mmg slalu aim nk optimakan ubat, kalau blh guna ubat yg mkn sekali sehari je ke, yg byk fungsi ke, tukar kaedah rawatan ke..supaya pesakit mudah makan ubat, ambik rawatan.. masih ada jalannya.. kalau taknak makan ubat pun jgnlah semua skali ditinggalkan.. kenapa? sbb bahaya utk pesakit2 sendiri, bila penyakit dah makin teruk, tak terkawal..

3) Ubat hospital banyak kesan sampingan



Sesetengah ubat mmg ada kesan sampingan sama ada jangka pendek atau jangka panjang..itu mmg tak dinafikan.. yg ada effect jangka masa pendek ni biasanya tak teruk (mild) dan sekejap je..tak mengganggu fungsi tubuh secara keseluruhan pun.. yang ada effect jangka panjang biasanya yang ada steroid, yang blh effect buah pinggang, hati etc.. ubat-ubatan kategori ni mmg dielakkan diberi utk tempoh yg  panjang. kalau perlu diberi utk jangka masa panjang pun pesakit pasti diberi tarikh lawatan susulan @ follow up utk monitor keadaan pesakit. Ini yg perlunya dtg follow up.. ramai jugak yg xnak dtg follow up, mcm2 alasan.. tiada kenderaan nk dtg,mslh kewangan dsb..yg mcm ni blh consider..tp kalau sbb xnak tggu lama tu susah sikit la sbb pesakit skrg dh makin ramai, mcm cendawan tumbuh selepas hujan..tp kakitangan tak cukup utk menampung workload tu, huhuhu...tp kalau pesakit ramai pun tggu lama jugak, kena kenalpasti la kenapa..mmg ada sesetgh tmpt yg kakitangan pun x efisien.. kenyataan yg perlu diterima lah wahai kakitangan2 yg pemalas!!! huhuhu..sy sendiri mmg ada experience mcm ni..huh..


Tetapi seperti yg saya katakan sblm ni, kalau taknak makan ubat hospital pun tapi ada ambil rawatan alternatif atau suplemen dsb yang terbukti blh menjaga kesihatan dalam mencegah dan merawat penyakit pada saya tiada masalah..kerana apa yg penting ialah  seseorang itu SIHAT dan tidak MUDARAT walau melalui cara perubatan apa pun.. kerana KESIHATAN adalah satu ANUGERAH TERINDAH dari-Nya :)

0 comments:

Post a Comment