CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday 15 November 2012

KANSER PAYUDARA..KENAPA TAKUT?


Semakin hari semakin ramai wanita yang mendapat kanser payudara tidak kira muda ataupun tua. Hampir setiap minggu juga kami mendapat spesimen dr operation "wide local  excision" atau "mastectomy" utk di"gross" dan di proses.. operation2 ini ialah operation utk sama ada membuang ketumbuhan kanser sahaja bersama-sama sedikit tisu payudara di sekeliling kanser (wide local excision) ataupun membuang keseluruhan payudara (mastectomy).. 

Kanser payudara terjadi apabila sel normal payudara bertukar struktur dan merebak. Ia menjangkiti tisu dan bahagian lain yang berdekatan seperti kelenjar atau lobul, pembuluh darah, salur limfa dan nodus limfa. Kebiasaannya tumor terbentuk kerana pengumpulan sel abnormal. Kesemua jenis tisu di dalam payudara boleh membentuk kanser tetapi biasanya ia bermula di dalam kelenjar atau duktus.

Kanser payudara meyumbangkan peratus yang tertinggi bagi penyakit kanser di kalangan wanita. Kanser payudara berada di tangga kelima bagi kadar kematian akibat kanser dan merupakan penyumbang utama kematian akibat kanser di kalangan wanita. Di sepanjang hidupnya seseorang wanita mempunyai risiko mengidap kanser payudara sebanyak 1 dalam 8 dan kemungkinan meninggal dunia akibatnya adalah 1 dalam 28

( rujuk http://www.kesihatan.biz/artikel/kanser_payudara.php)

KENAPA TAKUT?????

Kenapa takut nak dtg hospital utk check?? takut dtg hospital tp x takut risiko kalau kanser makin teruk??  tolonglah..dtg seawal mungkin ke hospital atau klinik kalau rasa ada ketumbuhan dlm payudara anda..jgn tunggu sampai terlewat...jangan tunggu sampai jadi 

macam ni


atau macam ni



Kisah benar apabila wanita berumur awal 30-an dtg dengan keadaan payudaranya sudah seperti gambar2 di atas. Katanya kanser itu jadi begitu dalam masa hanya empat bulan dan pesakit ini sudah dibuang payudara kiri kerana masalah ini dan sekarang dlm rawatan susulan kerana kanser ini sudah merebak ke payudara kanan..

Juga kisah benar apabila seorang isteri berumur 30 an, mempunyai anak kecil berumur setahun, didiagnosakan menghidap kanser payudara dan ditinggalkan suaminya kerana masalah tersebut.. Si isteri yang tertekan dengan perbuatan suaminya dan keadaannya akhirnya tidak mahu lagi meneruskan rawatan, terlalu depressed dan akhirnya meninggal tidak lama selepas itu..meninggalkan anak yg masih kecil dan keluarga yg masih menyayanginya.. 

Kenapa harus tunggu hingga jd begini? kenapa takut nk dtg hospital awal2? sbb taknak operate buang semua payudara?  masih ada jalan lain..bukan semua kes kanser payudara mesti di buat mastectomy.. jgn menekan diri sendiri dgn dakwaan pesakit kanser hidup tak lama, tak ada peluang sembuh.. semua anggapan silap.. jgn mengalah kepada takdir dan menyalahkan takdir semata-mata.  




Merujuk satu kajian yang dijalankan di UKM, 
Suatu penyelidikan pelbagai aspek mengenai penggunaan perubatan tambahan dan alternatif (CAM) di kalangan pesakit barah payudara yang terselamat menunjukkan majoriti daripada mereka mengambil makanan tambahan berkhasiat ditambah dengan bersolat dan mengambil ubat tradisional Melayu.

Jenis ubat tambahan pemakanan adalah Multivitamin, Spirulina, Vitamin C, minyak Evening primros, produk Herba, Kalsium, Agar-agar rumpai laut, Vitamin B komplex, Vitamin E, Vitamin A, Minyak Ikan, Vitamin D, Gingko biloba, Besi, Bawang Putih, Ekstrak Ginseng (Pharmaton), Teh Hijau dan Aloe vera.

Antara yang terbanyak adalah multivitamin (53%), spirulina (32%), vitamin C (27%), minyak evening primros (18%) dan produk herba (11%).

KESIMPULANNYAMajoriti Pesakit Barah Payudara Melayu yang Terselamat Gunakan Perubatan Alternatif. 

0 comments:

Post a Comment