CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday 24 November 2012

Anda mencari saham akhirat?? MaQTaB dan saham akhirat :)


Assalamualaikum semua :)  rasanya macam dah lama x update blog, ehe.. Alhamdulillah hari ini masih boleh membuka mata dan menghirup udara di dunia..masih banyak yg perlu dilakukan, dosa makin bertambah, pahala belum tentu dapat, huhuhu..

Hari ni nak berkongsi tentang MaQTaB lah.. MaQTaB @ Madrasatul Quran Tanjung Bentan.. Diusahakan oleh suami, kakak ipar dan abang ipar (biras) sempena wasiat kedua orang tua mertua yang saya tak sempat kenal..meninggal semasa suami berusia belasan tahun lagi.. Mungkinkah kerana impian ini suami dihantar ke sekolah pondok, meninggalkan alam persekolahan moden yang dipentingkan dalam masyarakat. Tetapi alhamdulillah suami sudah pun bergelar Hafiz...dengan Syahadah 30 juz sehari.. Hafiz yang sebenar-benarnya Hafiz InsyaAllah.. Masuk bakul angkat sendiri ke?  
Rasanya tak :)  sebab saya nampak perjuangannya untuk memartabatkan bidang hafazan ni.. Kerana semngatnya inilah selain kerana wasiat dan kerana saya ingin menumpang SAHAM AKHIRAT maka saya menyokong penuh pembinaan MaQTaB ini.. Bukan nama dan glamour yang di impi kan, tak perlu pelajar yang ramai tetapi cukuplah pelajar yang sedikit tetapi , yang mampu mengingat dan menjaga 30 juzuk ayat-ayat suci Al-Quran..InsyaAllah.. amin.. :)

MaQTaB yg berlokasi di Kg Bentan Pekan Pahang, di atas sebidang tanah peninggalan arwah... InsyaAllah


Ini model untuk surau dan tempat belajar sementara di peringkat awal. Sekarang dah ada dua orang pelajar dan dah ramai yang book tempat tapi belum diterima kerana tempat masih dalam proses pembinaan. Pelajar yang dua orang tu sekarang ni tinggal di rumah kakak ipar saya :)

Kalau kawan-kawan dan anda diluar sana yang berminat dengan saham akhirat, marilah bersama-sama kami membina madrasah kita ini..semoga amalan dan sedekah kita yang sedikit ini dipandang Allah :)


Ini iklan pertama MaQTaB dalam majalah Anis Sept 2012 :)

Ingin bertanya lanjut, dialu-alukan untuk menghubungi 

Ustaz Shafarul 012-9158008
Ustaz Bakri 019-9318008

TQ :)

0 comments:

Post a Comment