CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday 17 September 2014

Ketulan di payudara. Kanser ke?



Apa perasaan kita apabila tiba-tiba terasa seperti ada ketulan di payu dara? Kenapa? Sejak bila? Kanser ke? Tak kot.. Tapi kalau betul kanser? Macam mana? Ada orang bertindak cepat dengan melakukan pemeriksaan payudara sama ada di klinik@ hospital swasta @ kerajaan. Bagus tindakan tu. Sekurang-kurangnya dah tahu kan apa masalah sebenarnya @ diagnosis. Tidak lah tertanya- tanya kan? Tapi ada juga yang takut? tak kisah? nak tengok dulu? memilih untuk tidak berjumpa doktor. Tapi hati tu tenang ke? Atau kepala berserabut duk fikir kanser ke tak? Bahaya ke? Jangan tunggu dah teruk baru nak buat rawatan ye. Kesian kat diri sendiri tu. Allah bagi tubuh badan pinjaman je tau, amanah untuk kita jaga betul-betul. Jangan la menzalimi diri sendiri. Kos dan proses untuk menjaga kesihatan memang jauh lebih berbaloi daripada  untuk merawat. Jumpa doktor, pastikan apa masalah sebenarnya, kalau setuju dengan rawatan disyorkan, boleh proceed, kalau tak setuju pun, kami tiada paksaan. Kami berkongsi maklumat tetapi keputusan di tangan anda. Jangan takut "...nanti ntah apa2 doktor buat..." ya. :-)

Mempunyai ketulan di payudara bukan masalah yang jarang-jarang berlaku. Saya boleh katakan setiap minggu ada pesakit yang datang dengan ketulan di payudara, dirujuk sama ada dari klinik kesihatan atau klinik pakar pembedahan untuk dilakukan prosedur FNAC (fine needle aspiration cytology). Saya  pernah dapat rujukan lebih daripada 5 orang pesakit dengan ketulan di payudara ni dalam masa satu hari. Dalam SATU HARI ye. Jangan terkejut. Prosedur ni kami buat setiap hari. Jadi agak-agaknya berapa ramai yang ada masalah ini. Belum kira yang tak datang untuk pemeriksaan. Kebanyakannya ialah golongan yang berumur antara 17 - 45 tahun. Muda lagi kan? Dan ada sebahagian daripada mereka ini memang ada kanser yang bahaya. Anak baru seorang dua tapi dah kena kanser bahaya yang mana berkemungkinan dah merebak, perlu buat pembedahan buang payudara, menjalani kemoterapi, rawatan susulan yang tak tahu lah berapa lama ye. Kalau kanser ini dapat dikesan di peringkat awal mungkin hanya perlu buang bahagian kanser sahaja ( wide local excision ) dan tidak perlukan kemoterapi. Jujurnya, kemoterapi menyakitkan :-(


TAPI.....lebih ramai pesakit  ada ketumbuhan yang tidak bahaya sebenarnya :-) ketumbuhan yang kami panggil benign lesion. Boleh jadi fibroadenoma, cyst, fibrocystic disease, galactocele.......kadang-kadang "ketulan" tu bukan sebenarnya ketulan, hanya tisu payudara yang menebal..semasa mengandung, menyusukan anak mungkin.

Sentiasa lakukan pemeriksan sendiri payudara ya.




Kalau kanser, BIASANYA ketulan tu
- keras
- tidak boleh digerak-gerakkan @ melekat ke kulit atau struktur dalam payudara
- boleh menyebabkan puting tertarik ke dalam @ perubahan pada kulit
- keluar cecair daripada puting
- sakit @ tidak sakit
- membesar dengan cepat ( contohnya dalam masa seminggu dua, membesar dari saiz
syiling 20 sen ke saiz telur ayam)

Ini kanser berbahaya,

   L




Kalau ketumbuhan yang tidak bahaya, BIASANYA ketulan tu
- firm @ cystic
- bergerak - gerak @ tidak melekat
- sakit @ tidak sakit
- tiada perubahan pada puting @ kulit
- tidak membesar @ membesar perlahan - lahan ( bertahun-tahun )
- boleh membesar sedikit @ sakit beberapa hari sebelum datang haid
- boleh "hilang dan ada balik" :-)





Jadi, rajin-rajinlah buat pemeriksaan sendiri ya. Kalau diri sendiri tak jaga, siapa lagi nak tolong jaga kan :-) 

***SEKADAR BERKONGSI PENGALAMAN*** :-)








22 comments:

Puisisampah said...

Assalamualaikum doktor, boleh sy tny tak. Sy ade ketumbuhan kt tepi dalam payudara kiri. Bila tolak2 dia mcm bergeser n gerak2. Tapi kt keliling kedua-dua puting payudara sy mcm keluar putih2 mcm jerawat bila saya bersihkan. Kenapa eh doktor. Sy nak g check tp takut kalau sah kanser. Btw, sy 24tahun dan masih belum berkahwin

Puisisampah said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Sy ade fibroadenoma tp.. 2,3hari lepas.. Kluar darah melalui puting..dan rasa gatal pada payudara.. Adakah tu normal bg yg mnghidapo fibroadenoma,?

Unknown said...

Sy ade fibroadenoma tp.. 2,3hari lepas.. Kluar darah melalui puting..dan rasa gatal pada payudara.. Adakah tu normal bg yg mnghidapo fibroadenoma,?

Unknown said...

Fibroadenoma xkn menyebabkan darah kluar dr puting.. bgus p jumpa doktor cepat..

Unknown said...

Fibroadenoma xkn menyebabkan darah kluar dr puting.. bgus p jumpa doktor cepat..

ymanzz said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Sy nak tye, sy ade oprte kt payudara,tp bkn kanser,normal atau tak bks opert tu gtl,rse kne cucuk2 ,, mse oprt tu bln 1 2016 ,,

Unknown said...

Sy nak tye, sy ade oprte kt payudara,tp bkn kanser,normal atau tak bks opert tu gtl,rse kne cucuk2 ,, mse oprt tu bln 1 2016 ,,

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...


Unknown said...

salam saya nak tanya.. umur saya baru 18 tahun.. saya ada ketulan di payudara kiri.. sya perasan ada ketulan di payudara kiri saya dari umur 14 tahun..masa itu,ketulan itu kecil tapi skrg sudah membesar.. adakah itu kanser?

Unknown said...

Salam . nak tanya . saya baru berumur 19 tahun,saya perasan ada ketulan di payudara kanan saya sejak tahun lepas. Apabila dipicit ada cecair yg keluar dari puting, adakah itu merbahaya?

juliana said...

salam.
nak tanya.saya berumur 26tahun dan tidak berkahwin lagi
saya dapati puting payudara saya keras dan sakit bila ditekan.adakah berbahaya?Kalau ingin jumpa doktor ,doktor mana yang saya perlu jumpa?

Unknown said...

Saya mengalaminya sekarang. Esok ada appoinment dengan pakar. Doakan bukan kanser. Risau. 😢

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
jusinfiniti said...

Slam…sy ada menjual herba warisan yg mampu menyembuhkan kanser dan pelbagai jenis kanser..tahap 1 tahap 2 tahap 3 tahap 4.memusnahkan dan mematikan sel sel kanser..herba warisan ini terlalu berkesan…daun herba warisan…merawat dan membaik pulih…jangan sehinga terlewat..jangan biarkan hidup derita..selagi boleh rawat lebih baik merawat..hutan belantara kita tersembunyi sejuta 1 rahsia…herba ini amat amat mujarab..jangan biar derita membunuh kehidupan anda.ramai yang dah berjaya sembuh dengan produk sy call saya xpun msg xpun wasap sy 0174687570 mohd zuhairi…
sy cma bntu membantu…sy tidak sangup tngok org dpn mata sy sengsara xpun di ragut nyawa…penawar nya telah ada…hubungi sy secepat munkin
Orang yang tiada penyakit kanser andai nak amal kan herba saya ini pun boleh…jadikan amalan harian untuk menjaga badan dan membuang toksid…orang ada kanser…saya akan membantu merawat hingga sembuh
NAMA SYARIKAT SAYA…..JUTAWAN HERBS NO PENDAfTARAN SYARIKAT SAYA PG 0346818-W NAMA PEMILIK MOHD ZUHAIRI BIN NOORDIN

zierawriter said...

Salam saya nak tanya, saya xpsti sama ada ade ketulan atau tidak and kalau nk period saya akan rasa pyudara saya akan sakit dan sye check akan rsa mcm ketulan ini amat merisaukan saya. Adkah itu normal saya risau dan tkot nk pergi jumpe doktor. Umur sye 20 thun. Dan rasa ketulan itu bergerak2

Redinthehoot said...

Sy pon alami masalah yg sama. Takot nk gi check. Awak dh check ke?

RAyZa said...

Sya merasakan ad ketulan di puting sya dan apabila ditekan terasa sakit.. Apa yang patut sya lakukan?

Unknown said...

saya rasa ada ketul seperti jerawat pada puting sebelah kiri payudara syaa. apabila ditekan ianya trsa sakit..lepas tu sya demam dan sekitar payudara kiri saya pula ada merah..adakah normal ? apa sy ptt lakukan? bahayakah?

jusinfiniti said...
This comment has been removed by the author.

Post a Comment