CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday 24 November 2012

Sunyi Sekeping Hati......


"Pesan saya ialah pesan yang selalu saya bisikan pada diri saya sendiri… jagalah Allah, Allah akan jaga kita. Allah lebih besar daripada masalah kita. Pintalah kepada Allah agar memutuskan sesuatu yang baik buat kita walaupun keputusan itu nanti mungkin berlawanan dengan apa yang kita inginkan!"

Secebis dari kata-kata Ustaz Pahrol 


GENTA-RASA.COM   sentiasa di hati :)  Blog Ustaz Pahrol memang blog favourite saya.. Anda pun pasti menyukainya.. :D

Anda mencari saham akhirat?? MaQTaB dan saham akhirat :)


Assalamualaikum semua :)  rasanya macam dah lama x update blog, ehe.. Alhamdulillah hari ini masih boleh membuka mata dan menghirup udara di dunia..masih banyak yg perlu dilakukan, dosa makin bertambah, pahala belum tentu dapat, huhuhu..

Hari ni nak berkongsi tentang MaQTaB lah.. MaQTaB @ Madrasatul Quran Tanjung Bentan.. Diusahakan oleh suami, kakak ipar dan abang ipar (biras) sempena wasiat kedua orang tua mertua yang saya tak sempat kenal..meninggal semasa suami berusia belasan tahun lagi.. Mungkinkah kerana impian ini suami dihantar ke sekolah pondok, meninggalkan alam persekolahan moden yang dipentingkan dalam masyarakat. Tetapi alhamdulillah suami sudah pun bergelar Hafiz...dengan Syahadah 30 juz sehari.. Hafiz yang sebenar-benarnya Hafiz InsyaAllah.. Masuk bakul angkat sendiri ke?  
Rasanya tak :)  sebab saya nampak perjuangannya untuk memartabatkan bidang hafazan ni.. Kerana semngatnya inilah selain kerana wasiat dan kerana saya ingin menumpang SAHAM AKHIRAT maka saya menyokong penuh pembinaan MaQTaB ini.. Bukan nama dan glamour yang di impi kan, tak perlu pelajar yang ramai tetapi cukuplah pelajar yang sedikit tetapi , yang mampu mengingat dan menjaga 30 juzuk ayat-ayat suci Al-Quran..InsyaAllah.. amin.. :)

MaQTaB yg berlokasi di Kg Bentan Pekan Pahang, di atas sebidang tanah peninggalan arwah... InsyaAllah


Ini model untuk surau dan tempat belajar sementara di peringkat awal. Sekarang dah ada dua orang pelajar dan dah ramai yang book tempat tapi belum diterima kerana tempat masih dalam proses pembinaan. Pelajar yang dua orang tu sekarang ni tinggal di rumah kakak ipar saya :)

Kalau kawan-kawan dan anda diluar sana yang berminat dengan saham akhirat, marilah bersama-sama kami membina madrasah kita ini..semoga amalan dan sedekah kita yang sedikit ini dipandang Allah :)


Ini iklan pertama MaQTaB dalam majalah Anis Sept 2012 :)

Ingin bertanya lanjut, dialu-alukan untuk menghubungi 

Ustaz Shafarul 012-9158008
Ustaz Bakri 019-9318008

TQ :)

Tuesday 20 November 2012

RAHSIA KESIHATAN DAN KECANTIKAN


Kesihatan, kecantikan adalah impian semua orang tak kira lelaki atau perempuan kan? Tapi seringkali kita seakan terlupa yang kesihatan dan kecantikan ni tak kekal lama, bila-bila masa je akan hilang...sekelip mata kita jadi sakit, sekelip mata kita jadi hodoh..masa tu baru nak menyesal kan..sangat2 mengecewakan apabila ANUGERAH yang diberikan oleh Allah S.W.T ini  diabaikan, tidak dijaga tubuh badan ini sebagai amanahNya.. Ingatan utk diri saya sendiri juga yang selalu lupa menjaga diri sendiri dulu..semoga kesedaran yang Allah campakkan ke dalam hati ini kekal selama-lamanya..Semoga kita dapat menggunakan kesihatan itu utk beribadah ketpada-Nya dlm keadaan yang lebih baik, InsyaAllah :-)

RAHSIA KESIHATAN DAN KECANTIKAN DI SINI...

Thursday 15 November 2012

KANSER PAYUDARA..KENAPA TAKUT?


Semakin hari semakin ramai wanita yang mendapat kanser payudara tidak kira muda ataupun tua. Hampir setiap minggu juga kami mendapat spesimen dr operation "wide local  excision" atau "mastectomy" utk di"gross" dan di proses.. operation2 ini ialah operation utk sama ada membuang ketumbuhan kanser sahaja bersama-sama sedikit tisu payudara di sekeliling kanser (wide local excision) ataupun membuang keseluruhan payudara (mastectomy).. 

Kanser payudara terjadi apabila sel normal payudara bertukar struktur dan merebak. Ia menjangkiti tisu dan bahagian lain yang berdekatan seperti kelenjar atau lobul, pembuluh darah, salur limfa dan nodus limfa. Kebiasaannya tumor terbentuk kerana pengumpulan sel abnormal. Kesemua jenis tisu di dalam payudara boleh membentuk kanser tetapi biasanya ia bermula di dalam kelenjar atau duktus.

Kanser payudara meyumbangkan peratus yang tertinggi bagi penyakit kanser di kalangan wanita. Kanser payudara berada di tangga kelima bagi kadar kematian akibat kanser dan merupakan penyumbang utama kematian akibat kanser di kalangan wanita. Di sepanjang hidupnya seseorang wanita mempunyai risiko mengidap kanser payudara sebanyak 1 dalam 8 dan kemungkinan meninggal dunia akibatnya adalah 1 dalam 28

( rujuk http://www.kesihatan.biz/artikel/kanser_payudara.php)

KENAPA TAKUT?????

Kenapa takut nak dtg hospital utk check?? takut dtg hospital tp x takut risiko kalau kanser makin teruk??  tolonglah..dtg seawal mungkin ke hospital atau klinik kalau rasa ada ketumbuhan dlm payudara anda..jgn tunggu sampai terlewat...jangan tunggu sampai jadi 

macam ni


atau macam ni



Kisah benar apabila wanita berumur awal 30-an dtg dengan keadaan payudaranya sudah seperti gambar2 di atas. Katanya kanser itu jadi begitu dalam masa hanya empat bulan dan pesakit ini sudah dibuang payudara kiri kerana masalah ini dan sekarang dlm rawatan susulan kerana kanser ini sudah merebak ke payudara kanan..

Juga kisah benar apabila seorang isteri berumur 30 an, mempunyai anak kecil berumur setahun, didiagnosakan menghidap kanser payudara dan ditinggalkan suaminya kerana masalah tersebut.. Si isteri yang tertekan dengan perbuatan suaminya dan keadaannya akhirnya tidak mahu lagi meneruskan rawatan, terlalu depressed dan akhirnya meninggal tidak lama selepas itu..meninggalkan anak yg masih kecil dan keluarga yg masih menyayanginya.. 

Kenapa harus tunggu hingga jd begini? kenapa takut nk dtg hospital awal2? sbb taknak operate buang semua payudara?  masih ada jalan lain..bukan semua kes kanser payudara mesti di buat mastectomy.. jgn menekan diri sendiri dgn dakwaan pesakit kanser hidup tak lama, tak ada peluang sembuh.. semua anggapan silap.. jgn mengalah kepada takdir dan menyalahkan takdir semata-mata.  




Merujuk satu kajian yang dijalankan di UKM, 
Suatu penyelidikan pelbagai aspek mengenai penggunaan perubatan tambahan dan alternatif (CAM) di kalangan pesakit barah payudara yang terselamat menunjukkan majoriti daripada mereka mengambil makanan tambahan berkhasiat ditambah dengan bersolat dan mengambil ubat tradisional Melayu.

Jenis ubat tambahan pemakanan adalah Multivitamin, Spirulina, Vitamin C, minyak Evening primros, produk Herba, Kalsium, Agar-agar rumpai laut, Vitamin B komplex, Vitamin E, Vitamin A, Minyak Ikan, Vitamin D, Gingko biloba, Besi, Bawang Putih, Ekstrak Ginseng (Pharmaton), Teh Hijau dan Aloe vera.

Antara yang terbanyak adalah multivitamin (53%), spirulina (32%), vitamin C (27%), minyak evening primros (18%) dan produk herba (11%).

KESIMPULANNYAMajoriti Pesakit Barah Payudara Melayu yang Terselamat Gunakan Perubatan Alternatif. 

Saturday 10 November 2012

FUNGSI AGEN ANTIOKSIDAN

TENTU ramai pernah dengar, antioksidan membantu kita jadi sihat dan cantik tetapi bagaimanakah caranya? Contoh paling mudah ambil sebiji epal, makan separuh, tinggalkan dalam suhu bilik dan perhatikan perubahannya. 

Epal yang berubah menjadi perang disebabkan oleh proses pengoksidaan yang menghasilkan produk sampingan iaitu radikal bebas. Ini juga berlaku di dalam badan antaranya radikal bebas yang dihasilkan oleh badan melalui tindak balas biokimia. 

Bagaimanapun radikal bebas yang terlalu banyak akan mendatangkan bahaya kepada tubuh badan. Faktor lain seperti merokok, minum arak, lemak, cahaya matahari, pendedahan kepada radiasi dan pencemaran persekitaran akan menghasilkan lebih banyak radikal bebas dalam badan. 

Jadi badan memerlukan antioksidan seperti vitamin, mineral dan enzim yang dapat melindungi tubuh dan memperlahankan kemusnahan sel disebabkan pengoksidaan bagi memelihara kesihatan tubuh. 

Antara contoh antioksidan Vitamin A,C dan E, lycopene, beta carotene dan beberapa lagi.
Sebaik-baiknya kita perlu mendapatkan diet yang kaya dengan antioksidan dalam makanan bagi menjamin pelbagai zat berbanding nutrien khusus dalam satu-satu jenis suplemen.

BAGAIMANA ANTI-OKSIDAN BERTINDAK?


SAKIT TAPI TAKNAK MAKAN UBAT??


Senario mcm ni bukan perkara baru, sama ada kat klinik ke hospital ke sy pasti ramai juga doktor2 yg slalu jumpa pesakit mcm ni.. saya pun slalu jumpa pesakit macam ni.. Slalunya alasan yang diberikan:

1) Mmg ada penyakit tp tak sakit pun, kenapa nak makan ubat..

Pesakit-pesakit yang mcm ni slalunya yang ada penyakit mental ( takpelah sbb diorg mmg poor insight, diorg mmg tak rasa diorg tu sakit..bila ada mental problem kita mmg dh aware dia bermasalah utk berfikiran secara waras mcm org biasa ni), pastu orang-orang yang ada penyakit DARAH TINGGI.. sbbnya katanya diorg tak rasa tak sihat pun, takde sakit kepala, kabur mata, sakit leher/tengkuk.. yg ni yg masalah, sbbnya mmg ada sesetengah penghidap darah tinggi ni diorg tak ada simptom2 darah 'naik' mcm yg sy sebut tadi tu..tp bile check ada yg kdg2 sampai 200/120 bacaannya.. org2 mcm ni yg sgt berisiko utk dtg hospital dgn SERANGAN JANTUNG, ANGIN AHMAR.. takde warning sign dah..silap2 blh membawa maut.. ini kenyataan yang perlu di fahami. sbb tu penghidap darah tinggi jgn sambil lewa makan ubat ni.. kalau ada alat check tekanan darah sendiri kat rumah pun saya sgt syorkan, supaya pesakit blh check sendiri tekanan..tp alat tu kena yg betul la..

2) Banyak sangat ubat @ dah lama sangat makan ubat, dah tak larat, makan ubat macam makan nasi


Keadaan ni biasanya yg ada mcm2 penyakit dlm satu masa, mmg byk la ubat nak kena mkn. dan biasanya yg dah lama sakit. kalau yg mcm ni, saya pun kesian la jugak.. tp janganlah sendiri2 berhentikan semua ubat tanpa pengetahuan doktor.. kami mmg slalu aim nk optimakan ubat, kalau blh guna ubat yg mkn sekali sehari je ke, yg byk fungsi ke, tukar kaedah rawatan ke..supaya pesakit mudah makan ubat, ambik rawatan.. masih ada jalannya.. kalau taknak makan ubat pun jgnlah semua skali ditinggalkan.. kenapa? sbb bahaya utk pesakit2 sendiri, bila penyakit dah makin teruk, tak terkawal..

3) Ubat hospital banyak kesan sampingan



Sesetengah ubat mmg ada kesan sampingan sama ada jangka pendek atau jangka panjang..itu mmg tak dinafikan.. yg ada effect jangka masa pendek ni biasanya tak teruk (mild) dan sekejap je..tak mengganggu fungsi tubuh secara keseluruhan pun.. yang ada effect jangka panjang biasanya yang ada steroid, yang blh effect buah pinggang, hati etc.. ubat-ubatan kategori ni mmg dielakkan diberi utk tempoh yg  panjang. kalau perlu diberi utk jangka masa panjang pun pesakit pasti diberi tarikh lawatan susulan @ follow up utk monitor keadaan pesakit. Ini yg perlunya dtg follow up.. ramai jugak yg xnak dtg follow up, mcm2 alasan.. tiada kenderaan nk dtg,mslh kewangan dsb..yg mcm ni blh consider..tp kalau sbb xnak tggu lama tu susah sikit la sbb pesakit skrg dh makin ramai, mcm cendawan tumbuh selepas hujan..tp kakitangan tak cukup utk menampung workload tu, huhuhu...tp kalau pesakit ramai pun tggu lama jugak, kena kenalpasti la kenapa..mmg ada sesetgh tmpt yg kakitangan pun x efisien.. kenyataan yg perlu diterima lah wahai kakitangan2 yg pemalas!!! huhuhu..sy sendiri mmg ada experience mcm ni..huh..


Tetapi seperti yg saya katakan sblm ni, kalau taknak makan ubat hospital pun tapi ada ambil rawatan alternatif atau suplemen dsb yang terbukti blh menjaga kesihatan dalam mencegah dan merawat penyakit pada saya tiada masalah..kerana apa yg penting ialah  seseorang itu SIHAT dan tidak MUDARAT walau melalui cara perubatan apa pun.. kerana KESIHATAN adalah satu ANUGERAH TERINDAH dari-Nya :)

7 Cara Kawal Tekanan Darah

Tekanan Darah (Hypertension)


Tekanan darah tinggi atau hypertension juga dikenali sebagai “silent killer” atau pembunuh senyap kerana ia tidak memberikan tanda-tanda symptom atau amaran seperti sakit gigi ataupun sakit belakang. Sekiranya tidak dirawat, ia boleh membawa risiko serangan jantung, strok, penyakit buah pinggang dan demensia.

Faktor-faktor yang mempengaruhinya termasuklah faktor seperti sejarah keluarga, umur, etnik dan gaya hidup seseorang tersebut.

  • Tekanan darah yang sihat adalah pada paras 120/80 mm Hg atau lebih rendah.
  • 140/90 mm Hg digunakan sebagai indikator untuk tekanan darah tinggi, tidak mengira usia seseorang itu  (dewasa). Angka pertama adalah tekanan sistolik iaitu tekanan apabila jantung mengalirkan darah ke seluruh tubuh anda.Angka kedua ialah tekanan diastolik iaitu tekanan ketika dalam keadaan rehat.

7 Langkah Kurangkan Tekanan Darah Tinggi


Masalah tekanan darah tinggi?

Sebagai langkah permulaan untuk menangani kemungkinan anda mempunyai tekanan darah tinggi, iktuilah tip-tip berikut:


  1. Kurangkan berat badan. Ambil inisiatif untuk mengurangkan atau mengawal berat badan. Kurangkan berat 5kg pun sudah memberikan impak yang ketara dan mudahkan lagi kesan ubat pemberian doktor.
  2. Bersenamlah dengan kerap. Cuba untuk bersam dalam 30-45 minit pada hari minggu. Paling kurang pun 3-4x seminggu. Pada masa yang sama ini juga bantu kurangkan berat badan.
  3. Kurangkan pengambilan garam kepada kurang daripada 2.3g sehari. Garam umpama pasir yang serap air and tingkatkan tekanan darah. Kurangkan kicap, telur/ikan masin dan jangan tambah garam pada makanan yang sudah dihidang. Ingat: 1 teaspoon sudahpun mengandungi 2.3g!
  4. Jangan merokok: Kesan nikotin rokok dapat tingkatan tekanan darah sehingga 10 mm Hg sehingga sejam. Jadi sekiranya anda merokok sepanjang hari, tekanan darah pun lebih tinggi sepanjang masa.
  5. Kurangkan Stres. Stres kerja, duit, kesesakan jalan dan macam-macam lagi tingkatkan tekanan darah buat sementara waktu. Kalau anda mempunyai kronik stres, sudah tentu ia memudaratkan kesihatan anda dan boleh akibat serangan jantung, strok dan macam-macam lagi. Seimbangkan kehidupan anda dan cuba elak dari stres yang berpanjangan.
  6. Amalkan diet yang lebih baik. Sudah tentu diet seharian amatlah penting untuk mengawal dan kurangkan tekanan darah. Berikut adalah beberapa tip yang anda boleh amalkan:
    • Ketahuilah keperluan kalori seharian anda. Ini boleh mengawal jumlah makanan dan pasa masa yang masa bantu anda kawal atau kurangkan berat badan.
    • Makan 5-7 hidangan sehari tapi dalam sukatan yang kecil.
    • Lebihkan serat (fiber) seperi grains, nasi perang, buah-buahan dan sayur-sayuran segar.
    • Kawal kolesterol. Biasanya masalah tekanan darah tinggi, berat badan dismapingi dengan masalah kolesterol tinggi. Pastikan anda kawal tahap kolesterol anda dan elak makanan berkolesterol tinggi seperti makanan laut, organ-organ seperti paru-paru, kurangkan lemak-lemak haiwan dan tingkatkan pengambilan serat.
    • Pastikan ada sumber potassium dalam diet anda. Ia dapatkan kurangkan kesan garam pada tekanan darah. Pisang adalah pilihan potassium yang baik dan mudah didapati.
    • Kurangkan pengambilan alkohol dan kafein.
  7. Jangan leka: Pastikan anda melakukan pemeriksaan tekanan darah dengan kerap untuk memantau keadaan kesihatan anda. Walaupun anda tidak mempunyai masalah hypertension, pastikan anda melakukan pemeriksaan tekanan darah setiap 12 bulan sekali.
credit to KevinZahri.com

Thursday 8 November 2012

SHAKLEE semakin diyakini :)



Alhamdulillah semakin hari vitamin SHAKLEE semakin di minati ramai :) sehinggakan stok vitamin C dan ESP pun susah sangat nk dpt skrg. Pastinya kerana ramai yang dah merasai sendiri kesan baik vitamin-vitamin SHAKLEE ni.. kalau google taip testimoni shaklee sy pasti beribu-ribu, mungkin berpuluh-puluh ribu kot testimoni yang diberikan pengguna-pengguna SHAKLEE ni..Tiada apa yang perlu diragui dgn produk yang telah wujud lebih dr 50 tahun ni :) 

Pd pendapat peribadi saya, kalau pesakit nak makan ubat hospital ke nak berubat secara alternatif ke ambil suplemen ke saya tidak bermasalh asalkan do take something yang boleh menjaga kesihatan dan menyembuhkan penyakit pesakit-pesakit. Tolong sayangi diri sendiri.. Berusahalah dan bertawakkal lah setelah berusaha. Ambillah apa-apa yang blh membantu menyembuhkan or meningkatkan kesihatan anda selagi apa yang diambil itu SELAMAT dan kita pun tak makin teruk, dpt penyakit yang macam-macam lagi.. kalau digabungkan teknik-teknik perubatan ni pun lagi bagus kalau cara tu blh meningkatkan keberkesanan kaedah perubatan utk penyakit tu sendiri.. saya rasa tak perlu menidakkan atau menafikan mana-mana kaedah perubatan sekiranya kaedah itu telah dibuktikan keberkesanannya kpd mana-mana individu.. Berusahalah, jgn mengharapkan mana-mana kaedah itu berkesan utk semua orang yang mencuba kerana setiap dari kita ini adalah berbeza-beza cara penerimaan dan tindakbalas perubatan tu. Allah dah janji "Setiap penyakit ada penawarnya"..tp apa penawarnya? kita perlulah mencari apa penawar yang sesuai utk kita.. 

Sekarang ni ada macam-macam suplemen yang dh dihasilkan..kalau masuk guardian ke watson ke pilih je nak suplemen yang mana..yang hanya dijual melalui syarikat2 tertentu pun dh banyak..Anda mempunyai banyak pilihan utk menjaga kesihatan. Ada orang serasi dengan produk A, ada yang kurang menjadi dan lebih berkesan dengan produk B.. setiap produk ada kelebihan masing-masing.. terpulang kepada kita nak pilih produk yang mana tetapi apa yang penting KAJI dahulu apa yang anda nak makan tu..adakah memang PERLU untuk anda? adakah produk SEMULAJADI atau SINTETIK? apa KANDUNGANNYA? Adakah KESAN pada diri si pemakan jika DIAMBIL UNTUK JANGKA MASA PANJANG atau TERAMBIL secara berlebihan? adakah HARGANYA berbaloi dengan apa yang kita dapat? bolehkah kita dapatkan produk YANG LEBIH BAIK DAN BERKESAN pada HARGA YANG LEBIH BERPATUTAN?
Apa yang penting bagi saya as pengamal perubatan adalah anda SIHAT dan kalau boleh elakkan, jangan sakit..MENCEGAH adalah lebih baik dr MERAWAT.. kalau anda ada kaedah perubatan yang terbukti lebih berkesan dari perubatan moden (hospital) silakan.. Tetapi saya lebih memilih dan senang hati sekiranya pesakit-pesakit masih meneruskan follow up di hospital supaya kita dapat monitor keadaan pesakit-pesakit sama ada penyakit itu mmg semakin sembuh ataupun semakin memudaratkan. Mungkin ada pengamal perubatan yang tidak suka mencampur-adukkan kaedah perubatan ( mungkin tidak percaya kpd alternative medicine ni sebenarnya). Itu adalah prinsip dan pendapat peribadi, masing-masing mempunyai hak utk memiliki pemikiran sendiri.. apa yang pasti untuk saya, saya ingin semua orang SIHAT kerana KESIHATAN YANG TERPELIHARA juga adalah ANUGERAH TERINDAH yang diberikan oleh ALLAH s.w.t yang MAHA PENGASIH LAGI PENYAYANG.. Tubuh badan kita adalah pinjaman dariNYA, ia adalah AMANAH yang patut dipelihara :)




Sunday 4 November 2012

Life As A Doctor pt 1...






Sy pasti masih ramai yg bercita-cita nak jd doktor kan @ parents yg menginginkan anak-anak menjadi doktor :)  jujur sy katakan nak jadi doktor ni jgn bayangkan yang indah2 saje ye, huhuhu.. be prepared.. zaman saya HO (houseman) dulu sistem syif mcm skrg ni xde lagi..skrg dah start syif rasanya ok sikit kot.. ada orang cakap zaman HO ni zaman yang paling teruk sampai ada yg translatekan HO ni kpd "HAMBA ORANG"... tp memang pun zaman HO ni mcm zaman kena buli lah, keje teruk, x cukup tido, x cukup makan..masa jadi HO tu mmg ramai yg rasa mcm nak berhenti je keje..sy pun rasa HO ni penat sgt2 tp xde la sampai terpikir nak berhenti, sbb rasa mcm rugi pulak dh blaja susah2 5 tahun tu, kesian kat family yg menaruh harapan, hehehe..
sebulan dua br jd HO tu mmg slalu gak telefon mak menangis2..kena marah ng senior depan2 patient tu, kdg2 bukan salah kita pun.. hehehe, bile ingat2 balik nak tergelak pun ada..pengalaman berharga tu..tp seriously kalau nak balik ke zaman jd HO dulu mmg taknak la kot *wink*.. tp bila dh jadi MO, ingat balik zaman dulu2, kita akan hargai apa yang kita lalui dulu sbb tu cara utk kita cepat belajar utk menghadapi kerja yg mmg realiti ni..kalau masa belajar dulu just blajar, msk wad pun for learning purposes, mmg xkan sama dengan alam pekerjaan ni.. belajar la sebanyak mungkin masa jd HO sbb masa ni kite still under supervision, keje pun kat hospital, yg ada MO ada pakar..mungkin ada yang x sedar lagi, kalau x blaja masa HO ni, nanti kalau dh jd MO kena hantar pergi district, semua kena buat on ur own je, pandai2 sendiri lah..masa tu kalau xtau nak manage patient memang org kata habis laaaa...so please..jaga patient as if u jaga ur own family..nyawa org jangan buat main2, mereka masih ada keluarga yg menyayangi, yg memerlukannya..
saya pernah jd HO, sy pernah keje kat district dan skrg sy balik semula ke hospital..Alhamdulillah saya bersyukur sy diberi peluang oleh Allah utk berkhidmat kpd keluarga, kpd masyarakat..walaupun pada awalnya saya tak pernah berminat dan terpikir utk amik bidang ni.. mcm mana sy blh amik bidang ni? sbb masa isi borg UPU xtau nak mintak apa, abang ipar sy ckp result sy lepas utk amik medic so amikla medic..sy pun apply la medic USM as 1st choice dan saya dpt my first choice..  
tak menyesal ke amik medic??  mmg tak menyesal, walaupun keje teruk, gaji org kata tak seberapa nak dibandingkan dgn tanggungjawab yang besar..tp saya yakin Allah dh aturkan jalan hidup yang terbaik utk saya.. dan kita xkan pernah tahu apa yang terbaik utk kita jd terimalah takdir Allah utk kita dgn hati yg yakin kpd-Nya..bahawa inilah yang TERBAIK utk aku.. dan sekarang sy dah tak keje seteruk dan sebusy dulu, insyaAllah ada rezeki dptlah tempat utk saya sambung Master saya thn hdpn..kalau belum ada rezeki pun tak apa,cuba lagi..x rugi mencuba dan terus berusaha kan.. 
Terima kasih kpd family saya, suami saya dan terima kasih tak terhingga untuk-Nya kerana memberikan ANUGERAH yang TERINDAH dlm hidup ini.. 

My Life 1...


Pernah tak baca buku-buku ni? 





apa pendapat anda tentang watak dalam buku ni?? hehehe.. nak tahu sesuatu?

Cerita dlm buku-buku ni adalah cerita sebenar dan watak utama dalam buku ni adalah tak lain tak bukan... SUAMI saya sendiri la :)   author buku ni Ida Rizyani tu kakak ipar saya, sekarang sdg menghabiskan pHd nye di upm.. mereka adalah org2 yg sangat kuat semangatnya... menjalani hidup dengan melalui bermacam2 rintangan tp masih mampu bertahan.. walaupun kehidupan mereka sgt2 berbeza dgn kehidupan keluarga saya but i'm happy to be part of the family..:)  perbezaan antara kita menjadikan hidup ini indah :)  terimalah setiap perbezaan itu secara positif dan cuba sesuaikan diri, pasti akan menjadi salah satu ANUGERAH yang TERINDAH..

Saturday 3 November 2012

WAHAI SUAMI....







JIka Isteri Menangis Dihadapanmu, "Hargailah ia sebelum terlewat."
Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi.

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis,
dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu...

Jika kau membiarkannya pergi,
dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.

Wahai suami2,
jika seorang isteri pernah menangis keranamu,
tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat
kau terperuk terlalu dalam .

Wahai suami2,
jika seorang isteri menangis keranamu,
tolong jangan menyia-nyiakannya...
Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu...
Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT
yang dirasakannya keranamu ?

Apakah keistimewaan seorang isteri?
Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN...
SENYUMANnya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya...
PELUKAN & CIUMANnya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya...

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU, MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya...
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHANnya...
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN...
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana 1 hal.
Bahawa "Betapa BERHARGAnya seorang isteri"...

TERUJA PULAK :)

Dah lama  x menulis, bila dh buat blog ni rasanya macam2 nak ditulis, hehe.. dulu2 menulis dalam buku diari je, kertas A4 je,..bila dh keje, bz sgt dh x sempat menulis..ada org blh berkongsi perasaan atau pendapat dgn bercakap melalui mulut, ada org bercakap dgn jari..menulis la tu, hehe.. knp tak sama ek org tu ng org ni? jwpn plg simple ---> Allah jadikan hambaNya berbeza2 kan..jd xyah la pening2 kepala pikir knp la org tu x sama ng kte or knp kite x sama ng org lain..baik kite guna masa tu utk pikir mcm mana nak perbaiki, majukan diri sendiri kan, ada jugak faedahnya :)


Friday 2 November 2012

ANUGERAH TERINDAH :)

Assalamualaikum sahabat2 sekalian...Semoga semua sahabat2 di luar sana berada di bawah lindungan kasih dan rahmatNya, InsyaAllah :)
Alhamdulillah, setelah sekian lama memasang niat di hati nak wujudkan blog sendiri, akhirnya hari ini tercapai juga niat ini, walaupun kekangan masih ada dr segi masa dan sebagainya tp at last, i did it!!!  ehe.. tp blog masih under construction so x cantik la lg, hehe.. takpe, yg penting boleh menulis apa2 saja di sini dan yang pasti semua tulisan adalah pendapat peribadi ye..tidak mewakili mana-mana pihak atau profesion secara umumnya :) dalam hati ada taman :)

SEMUA YANG BERLAKU DALAM HIDUP INI, SAMA ADA YANG MANIS ATAU YANG PAHIT SESUNGGUHNYA ADALAH ANUGERAH TERINDAH DARI-NYA..
ALHAMDULILLAH :)